Soalan : Apakah hukumnya seseorang yang baru bertunang keluar berdua-duaan tanpa ada mahramnya?

Jawapan :

Peminangan adalah melahirkan keiAnginan untuk berkahwin atau permintaan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya, sama ada dilakukan oleh lelaki itu secara langsung atau tidak langsung iaitu dengan perantaraan orang lain yang boleh dipercayai sesuai dengan ketentuan agama.

Jelas di sini bahawa ikatan perkahwinan adalah tanda keinginan seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya dengan ikatan perkahwinan yang sebenar. Sebenarnya ikatan perkahwinan ini tiada istilah yang membolehkan mereka keluar berdua-duaan walaupun berjumpa seketika untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang terpendam atau sebaliknya.

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Dapat difahami bahawa Islam tidak membenarkan pasangan lelaki dan perempuan yang sudah bertunang atau belum bertunang berjumpa berdua-duaan walaupun dalam apa jua alasan. Sebab ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap pasangan tersebut. Bagi pendapat saya, jumpa walaupun membincangkan hal-hal penting pun juga tidak boleh dan haram, kerana dikuatiri perbuatan tersebut dapat menghampiri zina. Jika tidak menghampiri zina, maka ia akan berlaku fitnah di atas perempuan atau pasangan tersebut dengan mengatakan bahawa perempuan atau pasangan tersebut tidak mempunyai maruah. Adakah anda suka orang awam mengatakan anda tidak mempunyai maruah? Kalau tidak suka, maka jangan berjumpa berdua-duaan di tempat tersembunyi atau di tempat awam.

DAH HABIS IKHTIAR UNTUK MENCARI PENAWAR PENYAKIT ANDA?

bagus

15673020_185541381914649_9107591067545008558_n

PL JUS PLUS

 PRODUK LAIN

bagus

15698207_1510568155624204_6138365488656117351_n

PL AIN – EYE CARE

bagus

15665765_185541311914656_549701192144794835_n

PL ANGGUN & JELITA

bagus

PL SUPERSPRAY PLUS

Share is Sunnah